Friday, February 19, 2010

T1-Tema, Persoalan dan Watak Kasut Kelopak Jantung

Tema
Cerpen ini bertemakan kemiskinan hidup pelajar di kawasan pendalaman dalam menempuh alam persekolahan dan cabaran guru dalam mendidik anak murid daripada pelbagai latar belakang. Ahmad dilambangkan sebagai murid di kawasan pedalaman yang miskin dan serba kekurangan. Cikgu Harun pula sebagai guru muda yang bertugas di kawasan pedalaman yang serba payah dan mencabar.

Persoalan
1. Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman
2. Kecekalan dalam menuntut ilmuu meskipun berkeadaan serba kekurangan.
3. Kedaifan golongan miskin di luar bandar.
4. Kesempitan hidup bukanlah balangan untuk menuntut ilmu
5. Ketegasan guru dalam mendidik anak bangsa.
6. Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru
Watak
1. Watak utama dalam cerpen ini ialah Cikgu Harun
2. Watak Sampingan yang dominan ialah Ahmad.

Perwatakan
Cikgu Harun
• Beliau guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman
• Beliau tegas dan garang
• Cikgu Harun berwajah bengis
• Beliau berjiwa sensitive
• Cikgu Harun sabar mendidik anak-anak muridnya.
Ahmad
• Dia murid tahun tiga
• Dia lahir dalam keluarga yang miskin
• Ahmad patuh akan arahan guru
• Dia lurus bendul
• Dia berdikari
• Dia tabah dan gigih menuntut ilmu

Ibu Ahmad
• Beliau sudah uzur
• Wajah beliau seiras dengan wajah Ahmad

No comments:

Post a Comment